Friday, 12 April 2013

PROMOSI DI TAMAN SUNGAI ACHEH

-->

Perpustakaan Desa Sungai Chenaam telah mengadakan promosi di Taman Sungai Acheh pada 17 Febuari 2013 sempena Pelancaran Rukun Tetangga Taman Sungai Acheh yang telah dirasmika oleh Dato Mahmud bin Zakaria yang merupakan Adun Sungai Acheh.
Tujuan Promosi dijalankan adalah untuk memperkenalkan perpustakaan desa di kalangan penduduk di taman sungai acheh tersebut di samping dapat merapatkan hubungan antara perpustakaaan desa dengan penduduk setempat.
Perpustakaaan Desa Sungai Chenaam jga turut memperkenalkan buku buku baru dan juga buku I bayi I buku kepada penduduk taman tersebut.
Perpustakaan desa telah mendapat 15 borang keahlian yang beminat untuk menjadi ahli perpustakaan Desa Sungai Chenaam


PROMOSI DI TABIKA KEMAS SUNGAI CHENAAM B


Perpustakaan Desa Sungai Chenaam telah mengadakan promosi di Tabika kemas Sungai Chenaam pada 28 Febuari 2013 dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.
Tujuan Promosi dijalankan adalah untuk memperkenalkan perpustakaan desa di kalangan kanak kanak tersebut dan perkhidmatan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan desa tersebut.
Perpustakaaan Desa Sungai Chenaam juga turut memperkenalkan buku buku baru dan juga buku I bayi I buku kepada kanak kanak tersebut untuk menarik minat mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan desa.
Selain itu,perpustakaan desa telah mengadakan aktiviti aktiviti untuk menceriakan kanak kanak tersebut.Antara aktiviti aktiviti yang dijalankan ialah ceramah mengenai keselamatan diri,mengenal Puppet ,bercerita,mengenal perbezaan gambar,jala itik dan perkenal diri masing masing.
Perpustakaan Desa telah mendapat 15 keahlian baru.











Wednesday, 10 April 2013

PROMOSI DI TABIKA SUNGAI CHENAAM A


Perpustakaan Desa Sungai Chenaam telah mengadakan promosi di Tabika kemas Sungai Chenaam pada 27 Febuari 2013 dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.
Tujuan Promosi dijalankan adalah untuk memperkenalkan perpustakaan desa di kalangan kanak kanak tersebut dan perkhidmatan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan desa tersebut.
Perpustakaaan Desa Sungai Chenaam juga turut memperkenalkan buku buku baru dan juga buku I bayi I buku kepada kanak kanak tersebut untuk menarik minat mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan desa.
Selain itu,perpustakaan desa telah mengadakan aktiviti aktiviti untuk menceriakan kanak kanak tersebut.antara aktiviti aktiviti yang dijalankan ialah ceramah mengenai perpustakaan desa dan fungsinya,bercerita bahasa inggeris,mengenal nombor,nenek nenek dan siapa saya.
kanak kanak  yang berminat menjadi ahli perpustakaan adalah seramai 21 orang.








AKTIVITI BULAN JANUARI 2013










Thursday, 20 December 2012

MAKAN MAKAN

Perpustakaan Desa Sungai Chenaam telah mengadakan jamuan makan untuk semua pengguna Perpustakaan Desa Sungai Chenaam yang telah banyak membantu dan memberi sokongan .Makanan yang disajikan adalah roti putih dicicah dengan kuah durian yang dibuat sendiri oleh staff Pd dan minuman adalah ais sarsi.Jamuan diadakan pada pukul 11 pagi dan berakhir 6 petang





GOTONG ROYONG PD

Perpustakaan Desa Sungai Chenaam telah mengadakan gotong royong untuk membersihkan sekitar bangunan Perpustakaan Desa Sungai Chenaam.





Tuesday, 11 December 2012

SETIAP BAYI SATU BUKU



SBSB

PENGENALAN

Buku kain ini dihasilkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) sebagai bahan asas bagi program SETIAP BAYI SATU BUKU. Objektif program ini ialah untuk memupuk minat membaca dan cintakan pembelajaran dan ilmu pengetahuan pada peringkat awal usia serta menggalakkan peningkatan keahlian dan penggunaan perkhidmatan perpustakaan. Buku ini selamat digunakan oleh bayi kerana diperbuat daripada kain dan dakwat yang bebas toksik. Dalam buku ini dimuatkan gambar objek dan konsep yang bersesuaian serta berkeupayaan menarik minat bayi dan kanak-kanak. Bahagian panduan ibu bapa mengandungi maklumat berkaitan dengan setiapgambar serta cadangan aktiviti yang dapat meningkatkan kemesraan antara ibu bapa dan anak setiap kali buku ini digunakan. Ibu bapa disaran terlibat bersama dalam sesi taklimat SETIAP BAYI SATU BUKU yang dikendalikan oleh PPAPP untuk mendalami penggunaan buku kain ini. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi pusat perkhidmatan PPAPP yang terdekat.

OBJEKTIF

  1. Menjadikan alat bantuan sebagai asas untuk bayi mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan hariannya.
  2. Ibu bapa akan mempunyai bahan pengetahuan yang mudah untuk diberikan kepada anak-anak mereka pada peringkat bayi di samping menjadikan buku tadi sebagai asas dalam menjana pengetahuan anak-anak.
  3. Mendedahkan bayi dengan pelbagai pengetahuan melalui penggunaan bahan rangsangan. (Menggunakan buku kain yang dicetak dengan pelbagai bahan maklumat)
  4. Menjadikan proses pembelajaran sebagai agenda utama dalam mendidik anak-anak dengan permulaannya sejak awal bayi.
  5. Merangsang perkembangan minda dan penggunaan pancaindera untuk mengetahui sebarang maklumat khususnya yang terdapat di persekitaran mereka.
sbsbisi