Perpustakaan Desa Sungai
Chenaam telah siap dibina pada pertengahan tahun 2007 dan mula beroperasi pada
bulan oktober 2007. Perpustakaan ini diberi nama sempena nama kampung Sungai
Chenaam sendiri.
Lokasinya yang terletak
dihadapan pintu masuk ke kampung Sungai Chenaam dan juga berdekatan dengan
beberapa kampung lain iaitu Jalan Baru, PPRT Sungai Chenaam dan Batas Ban
merupakan lokasi yang strategik.
Pembinaannya adalah sebahagian
daripada kemudahan yang disediakan untuk penduduk setempat yang terdiri
daripada pelbagai golongan dan bangsa.
Pengwujudan perpustakaan desa
ini akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan
yang disediakan. Kesedaran kepada pentingnya ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk
melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.