Wednesday, 24 October 2012

PENGENALAN


Perpustakaan Desa Sungai Chenaam telah siap dibina pada pertengahan tahun 2007 dan mula beroperasi pada bulan oktober 2007. Perpustakaan ini diberi nama sempena nama kampung Sungai Chenaam sendiri.
Lokasinya yang terletak dihadapan pintu masuk ke kampung Sungai Chenaam dan juga berdekatan dengan beberapa kampung lain iaitu Jalan Baru, PPRT Sungai Chenaam dan Batas Ban merupakan lokasi yang strategik.  
Pembinaannya adalah sebahagian daripada kemudahan yang disediakan untuk penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai golongan dan bangsa.
Pengwujudan perpustakaan desa ini akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Kesedaran kepada pentingnya ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.

No comments:

Post a Comment