
PENGENALAN
Buku kain ini dihasilkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) sebagai bahan asas bagi program SETIAP BAYI SATU BUKU. Objektif program ini ialah untuk memupuk minat membaca dan cintakan pembelajaran dan ilmu pengetahuan pada peringkat awal usia serta menggalakkan peningkatan keahlian dan penggunaan perkhidmatan perpustakaan. Buku ini selamat digunakan oleh bayi kerana diperbuat daripada kain dan dakwat yang bebas toksik. Dalam buku ini dimuatkan gambar objek dan konsep yang bersesuaian serta berkeupayaan menarik minat bayi dan kanak-kanak. Bahagian panduan ibu bapa mengandungi maklumat berkaitan dengan setiapgambar serta cadangan aktiviti yang dapat meningkatkan kemesraan antara ibu bapa dan anak setiap kali buku ini digunakan. Ibu bapa disaran terlibat bersama dalam sesi taklimat SETIAP BAYI SATU BUKU yang dikendalikan oleh PPAPP untuk mendalami penggunaan buku kain ini. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi pusat perkhidmatan PPAPP yang terdekat.
OBJEKTIF
- Menjadikan alat bantuan sebagai asas untuk bayi mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan hariannya.
- Ibu bapa akan mempunyai bahan pengetahuan yang mudah untuk diberikan kepada anak-anak mereka pada peringkat bayi di samping menjadikan buku tadi sebagai asas dalam menjana pengetahuan anak-anak.
- Mendedahkan bayi dengan pelbagai pengetahuan melalui penggunaan bahan rangsangan. (Menggunakan buku kain yang dicetak dengan pelbagai bahan maklumat)
- Menjadikan proses pembelajaran sebagai agenda utama dalam mendidik anak-anak dengan permulaannya sejak awal bayi.
- Merangsang perkembangan minda dan penggunaan pancaindera untuk mengetahui sebarang maklumat khususnya yang terdapat di persekitaran mereka.

No comments:
Post a Comment