Friday, 12 April 2013

PROMOSI DI RTC SUNGAI CHENAAM



Perpustakaan Desa Sungai Chenaam telah mengadakan promosi di Karnival RTC dan SKMM di Sungai Chenaam pada 23 Mac 2013 dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 11.30 malam
Tujuan Promosi dijalankan adalah untuk memperkenalkan perpustakaan desa di kalangan penduduk kampung Sungai Chenaam  dan juga kampung sekitarnya disamping perkhidmatan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan desa tersebut.
Perpustakaaan Desa Sungai Chenaam juga turut memperkenalkan buku buku baru ,majalah dan juga buku I bayi I buku kepada pengunjung pengunjung untuk menarik minat mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan desa.
Selain itu,perpustakaan desa telah mengadakan aktiviti aktiviti untuk menceriakan pengunjung pengunjung di karnival tersebut.Antara aktiviti aktiviti yang dijalankan ialah teka kacang,mathematic genius,teka teki,dan teka silang kata .
Perpustakaan Desa telah mendapat 18 keahlian baru kerana ada pengunjung yang sudah menjadi ahli perpustakaan desa Sungai Chenaam.




No comments:

Post a Comment