Ibubapa yang bahagia adalah ibu bapa yang berjaya menjalin hubungan erat dengan anak anda.Mereka mengimbangkan hak diri mereka sebagai insan dengan hak anak mereka sehinggakan hubungan itu menjadi mesra sepanjang hayat.
Cuba luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan ini .
Apakah yang anda paling inginkan sebagai seorang ibu atau bapa?
Bayangkan diri anda beberapa tahun dari sekarang.Apakah yang anda harapkan pada waktu usia mencecah 75 tahun ?
Renung dan fikirkanlah.Selami jiwa anda.Jauh disudut hati anda akan menyedari harapan sebagai ibu dan bapa bukanlah...
1 - agar anak mendapat A dalam semua subjek
2 - menjadi arkitek,doktor @ jurutera
3 - mengambil alih perniagaan yang maju ketika berumur 21 tahun
Sebaliknya anda inginkan hubungan yang erat ,mesra dan berkekalan bersama anak anda.
Menjadi Ibu kool atau bapa hebat adalah satu pencapaian yang unggul kerana anda kerana anda berjaya menempatkan diri di sudut yang paling istimewa di dalam sanubari diri anak anda.Anda pasti dikenang bersama segala peristiwa indah yang dilalui sepanjang hayatnya.
Anak dan ibu bapa saling mempunyai keinginan untuk memiliki hubungan yang erat.,tetapi ibu bapa mungkin tidak menyedari bahawa anaknya inginkan perkara yang sama dan begitu sebaliknya .
Sekiranya kita sebagai ibi bapa tidak peka @ tidak berusaha untuk memupuk hubungan ini ,perhubungan kita dengan anak anak akan renggang dan ianya akan terus pudar apabila ank meningkat remaja.
Andalah ibu kool @bapa hebat sekiranya
1- boleh bersembang dan bergurau dengan anak remaja anda sambil minum di warung
2- anak anda boleh meluahkan perasaan di hadapan anda tanpa merasa takut @ khuatir akan diperkecilkan
Setiap perhubungan memerlukan usaha di antara kedua belah pihak.perhubungan ibubapa dan anak mempunyai keunikkan tersendiri.Selagi anak belum mencecah usia matang,ibu bapalah yang lebih besar peranannya di dalam perhubungan anda.
Wednesday, 21 November 2012
Tuesday, 13 November 2012
Monday, 5 November 2012
PENGENALAN
Perpustakaan Desa adalah sebuah perpustakaan kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Perpustakaan desa diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh.
Dengan ini akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba ilmu pengetahuan.
Di samping itu, pengwujudan perpustakaan desa juga akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.
Dengan ini akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba ilmu pengetahuan.
Di samping itu, pengwujudan perpustakaan desa juga akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.
Saturday, 3 November 2012
LATAR BELAKANG
Friday, 2 November 2012
DEFINISI
Definisi:
Perpustakaan Desa merupakan sebuah perpustakaan yang ditubuhkan di kampung atau petempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang yang tinggal secara berkelompok, sejajar dan bertaburan seperti FELDA, FELCRA, kampung orang asli, petempatan ladang dan kampung baru.
Objektif:
- Memberi perkhidmatan perpustakaan secara percuma dan menyediakan sumber maklumat dalam pelbagai bidang perkara dan bentuk media bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
- Menyediakan dan memberi akses pelbagai bentuk sumber maklumat kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan pembangunan diri, kemajuan sosial danekonomi masyarakat.
- Memanfaatkan masyarakat setempat dan dapat menggalakan budaya membaca serta menangani jurang ilmu dan digital di kalangan masyarakat.
- Menggalakkan penyebaran maklumat kepada masyarakat.
- Berperanan sebagai satu tempat perjumpaan orang ramai untuk aktiviti sosial ke arah mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli masayarakat.
- Menyokong pembangunan kebudayaan dan kesenian tempatan.
Visi:
Misi:
Berperanan sebagai agen perubahan bagi pembangunan sosial dan pemangkin kepada pemantapan budaya membaca.
Misi:
- Menyediakan kemudahan akses maklumat kepada pengguna.
- Memastikan kesamarataan akses bahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat.
- Menggalakan penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti galakan membaca yang dianjurkan.
SEJARAH
Latar Belakang & Sejarah
SEJARAH KAMPUNG SUNGAI CHENAAM
Sebahagian besar kampung ini ialah hutan api-api yang penduduknya hanya tinggal berhampiran Pekan Sungai Acheh. Pada tahun 1975, Jabatan Pengairan dan Saliran telah menebus guna tanah hutan tersebut bagi melaksanakan penempatan penduduk dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pertanian serta pembiayaan daripada Bank Pertanian Malaysia. Permulaannya hanya 200 buah rumah didirikan serta didiami pada tahun 1983. Kemudian pada tahun 1996, keluarga Kampung Sungai Chenaam bertambah lagi dengan penempatan 100 keluarga di bawah Program PPRT.
Asal usul nama kampung Sungai Chenaam adalah dari suara anak kecil yang mengadu kelaparan dengan berkata “cek nak Am” (bermaksud saya hendak makan)semasa ayahnya keluar mencari lokan.Apabila kampung ini diteroka dan dibangunkan,ianya dinamakan sebagai Kampung Sungai Chenaam sehinggalah kehari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)