Ibubapa yang bahagia adalah ibu bapa yang berjaya menjalin hubungan erat dengan anak anda.Mereka mengimbangkan hak diri mereka sebagai insan dengan hak anak mereka sehinggakan hubungan itu menjadi mesra sepanjang hayat.
Cuba luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan ini .
Apakah yang anda paling inginkan sebagai seorang ibu atau bapa?
Bayangkan diri anda beberapa tahun dari sekarang.Apakah yang anda harapkan pada waktu usia mencecah 75 tahun ?
Renung dan fikirkanlah.Selami jiwa anda.Jauh disudut hati anda akan menyedari harapan sebagai ibu dan bapa bukanlah...
1 - agar anak mendapat A dalam semua subjek
2 - menjadi arkitek,doktor @ jurutera
3 - mengambil alih perniagaan yang maju ketika berumur 21 tahun
Sebaliknya anda inginkan hubungan yang erat ,mesra dan berkekalan bersama anak anda.
Menjadi Ibu kool atau bapa hebat adalah satu pencapaian yang unggul kerana anda kerana anda berjaya menempatkan diri di sudut yang paling istimewa di dalam sanubari diri anak anda.Anda pasti dikenang bersama segala peristiwa indah yang dilalui sepanjang hayatnya.
Anak dan ibu bapa saling mempunyai keinginan untuk memiliki hubungan yang erat.,tetapi ibu bapa mungkin tidak menyedari bahawa anaknya inginkan perkara yang sama dan begitu sebaliknya .
Sekiranya kita sebagai ibi bapa tidak peka @ tidak berusaha untuk memupuk hubungan ini ,perhubungan kita dengan anak anak akan renggang dan ianya akan terus pudar apabila ank meningkat remaja.
Andalah ibu kool @bapa hebat sekiranya
1- boleh bersembang dan bergurau dengan anak remaja anda sambil minum di warung
2- anak anda boleh meluahkan perasaan di hadapan anda tanpa merasa takut @ khuatir akan diperkecilkan
Setiap perhubungan memerlukan usaha di antara kedua belah pihak.perhubungan ibubapa dan anak mempunyai keunikkan tersendiri.Selagi anak belum mencecah usia matang,ibu bapalah yang lebih besar peranannya di dalam perhubungan anda.
No comments:
Post a Comment