LATAR BELAKANG
Penubuhan Perpustakaan Desa di seluruh negara telah bermula sejak dari Rancangan Malaysia Ke-6 dan sehingga Disember 2008 sebanyak 614 unit Perpustakaan Desa telah diwujudkan.
Selain daripada itu, terdapat perpustakaan desa di kawasan luar bandar yang dibina oleh Agensi Kerajaan seperti KEMAS, FELDA, dan lain-lain serta Pihak Berkuasa Tempatan.
Pada tahun 2005, sebanyak RM30 juta telah disediakan bagi membangunkan 200 unit Perpustakaan Desa di Bawah Peruntukan Khas Belanja Mengurus yang ketika itu hanya melibatkan bangunan awam sedia ada di luar bandar yang boleh diubahsuai dan dilengkapkan dengan bahan bacaan, perabot serta alat kelengkapan komputer untuk dijadikan perpustakaan desa.
Pada tahun 2006, sebanyak RM85 juta telah diperuntukkan untuk meneruskan projek khas ini di mana sejumlah 225 unit Perpustakaan Desa telah berjaya dibina yang turut melibatkan pembinaan bangunan baru di atas tapak yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Pada tahun 2007, sebanyak RM35 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan 50 unit Perpustakaan Desa melalui Memorandum Jemaah Menteri bertajuk Penerusan Projek-projek Perpustakaan Desa di Bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 20 Jun 2007.
Melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision (USP) oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), dan SUruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sejumlah 925 unit Perpustakaan Desa telah dilengkapkan dengan kemudahan ICT yang mempunyai rangkaian internet.
No comments:
Post a Comment