Friday, 2 November 2012

DEFINISI

Definisi:
Perpustakaan Desa merupakan sebuah perpustakaan yang ditubuhkan di kampung atau petempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang yang tinggal secara berkelompok, sejajar dan bertaburan seperti FELDA, FELCRA, kampung orang asli, petempatan ladang dan kampung baru.

Objektif:
  • Memberi perkhidmatan perpustakaan secara percuma dan menyediakan sumber maklumat dalam pelbagai bidang perkara dan bentuk media bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyediakan dan memberi akses pelbagai bentuk sumber maklumat kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan pembangunan diri, kemajuan sosial danekonomi masyarakat.
  • Memanfaatkan masyarakat setempat dan dapat menggalakan budaya membaca serta menangani jurang ilmu dan digital di kalangan masyarakat.
  • Menggalakkan penyebaran maklumat kepada masyarakat.
  • Berperanan sebagai satu tempat perjumpaan orang ramai untuk aktiviti sosial ke arah mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli masayarakat.
  • Menyokong pembangunan kebudayaan dan kesenian tempatan.

Visi:
Berperanan sebagai agen perubahan bagi pembangunan sosial dan pemangkin kepada pemantapan budaya membaca.

Misi:

  • Menyediakan kemudahan akses maklumat kepada pengguna.
  • Memastikan kesamarataan akses bahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat.
  • Menggalakan penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti galakan membaca yang dianjurkan.

No comments:

Post a Comment